Monday, July 6, 2009

Cari Pasal [C.P.]

Monday, July 6, 2009 5
Assalamualaikum warahmatullah...

Adapun kanak-kanak tahun 1 JUST sedang berhadapan dengan masalah madah ikhtiari bagi semester musim panas. Atau lebih mengujakan, semester terakhir bagi tahun pertama ini. Beberapa minggu sebelum bermulanya semester yang boleh tahan panas ini, beberapa idea dan cadangan telahpun difikir dan diatur malah disusun jadualnya. Environment Protection. Food Preservation. Natural Resources. Pet Animal Care. Wellness & Lifestyle. Bee Keeping. Home Gardens. Katanya. Pilihan nampak menarik. Namun, walaupun telah berulang kali berdoa di Raudhah, rezeki nampaknya kurang di semester ini. Mana tidaknya, hampir kesemua subjek-subjek pilihan hati dan jantung telahpun dirembat abang-abang mahupun kakak-kakak Melayu mahupun Arab.

Secara tiba-tiba, terbuka pula hati aku ini untuk mengambil madah Contemporary Problem. Rozaili yang bagi cadangan. Senior-senior pun kata macam seronok. Kot. Maka dek tiada pilihan, kuteruskan jua dengan madah CP ini. Adapun rakan-rakan lain ada pula yang memilih subjek-subjek yang lain seperti Introduction to Psychology, Introduction to Sciences Management dan lain-lain.


Lalu dengan hati yang suci katanya setelah pulang dari umrah, kami pun memulakan semester ini dengan hati yang soda gembira. Biochemistry nampaknya berjalan dengan lancar. Visual Basic pula. Masih ok. Walaupun doktor nampaknya memang anak jati arab yang mengutamakan bahasa ibundanya selain bercakap seperti monorail. Saatnya tiba. Contemporary Problem. Kami telah bersedia mempelajari masalah-masalah dunia. Rupanya kami pula yang dihujani masalah.

Kuliah dalam Bahasa Arab. Belajar dalam Bahasa Arab. Slaid dalam Bahasa Arab. Bahasa Arab dalam peperiksaan. Belajar pun tentang negara Arab. Memang masalah... Maka pelbagai pendapat telah dikemukakan kanak-kanak yang menaruh harapan dapat markah 90+++ dalam madah ini. Suasana agak tegang seketika sejurus tamat kelas pertama. Kecoh pun ada. Yang paham. Yang tak paham. Yang tak puas hati. Yang pening. Yang ngada-ngada. Yang gedik. Yang menyesal. Yang mogok. Yang bertekak. Yang bersetuju. Yang tak setuju. Macam-macam ada.

Kita tak leh nak salahkan jamiah. Dokter tadi sendiri cakap budak-budak arab memang amek madah ni supaya diorang dapat blajar dalam bahasa Arab. So kalau dokter cakap english plak, ape kes? Da lari la matlamat arab-arab ni.
>>> haah betul gak. memang subjek ni dalam bahasa arab. nak buat cam mana?

Tapi kite bukan ade hak ke dalam hal ni? Kan ke ni International University?
>>> erm... entahlah, pasal ni tak tau plak sebab kite ni kan pendatang.JEK.

Aku tak kisah kalau blajar dalam arab ke, ape ke. tapi jangan exam. tu memang tak boleh. susah wooo exam dalam arab ni.
>>> haah. aku pun rase camtu. nak memaham nye lagi. kang bawak kamus kang.

Alah, soalan exam true false je kan? senang je...
>>> hambik cakap senang. kena sedia peluru spare banyak2 la kalau camtu. pastu aku nak die sediakan murtajim. baru aku sedia menembak.

Eh kite kene pikir dak2 private gak wei. Kesian acap tu ha tadi. Aku yang blajo arab kat skolah dulu pun tak masyi2 lagi. ke aku yang malas blajar?
>>> tu la betul gak tu. heheh

Ok la kite mogok. kite drop je ikhtiari. nanti amek balik mase tahun 7.
>>> nak drop memang bleh. amek lain kali je. tapi. tahun 7??? the hell???!!!!

Ermm...kite add n drop la. nak drop dulu baru add ke. tak kesah la. yang penting ganti lain.
>>> bleh gak tu. aku nak je. tapi. ape je subjek yang dalam english yang tinggal???

Daripada CP, baik amek Fekeh je. kan faedah lebih sket. same je blajar dalam arab.
>>> nak tak? nnti aku pikir dulu. haha..

Korang ni kan, dah ade peluang ditolak-tolak. kamon la! bile lagi nak blajar arab ni? gi mustami3 kat yarmouk pun susah nak istiqamah. ni la peluang nye nak mantapkan bahasa arab yang da sedia mantap.
>>> hambik kau. punye la statement. aku takkan terpengaruh ngan dakyah ni.

salah kita gak ni tak confirm betul2 subjek ni english ke tak...
>>> ntahla nak konfem kat mana ek? konsep menyalahkan diri.

serabut alam sangat la korang ni. pe susah mintak la dokter buat syu3bah malizi. dulu senior2 boleh jek kan?
>>> ni memang cadangan paling best. tapi boleh ke?

kan dokter sndri da cakap. dulu tu die buat senyap2 je sebab sikit je malizi. tapi skarang ni. berbondong-bonding plak malizi tetibe tersuka kat madah ni. so kena melalui presiden JUST or Head Department. kite kena tanye die.
>>> owhhhh... tu la pasal ye... mintak consult drpd presiden JUST ok gak.

Jom la kite tanye En Hasmat. Takpun pegi terus ke MSD. Membincangkan masalah batch la katakan.
>>> erm.. rase cam tak perlu je ni. cam ngada2 sngat la plak kan? tak ke? selesai sndri sudeyh~


Itulah dia sedikit sebanyak tindakbalas atau respon daripada kami-kami semua. Macam-macam statement keluar.

Itulah dia. Nama pun madah ikhtiari. Haruslah mencari IKHTIAR.

Konklusi, macam mana?


madah - subjek
ikhtiari - elektif
jamiah - universiti
murtajim - terjemahan
masyi - cam agak pro la...
fekeh - fiqah laaaaa
mustami3 - pendengar [kira tumpang dengar lecture la...free2 je]
syu3bah - section / seksi [ops~]
malizi - malaysian [tempe sangat la tu tak tau]

[gambo hiasan ; rindu tempe tak?]


Sekian, wassalam...
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Distributed by Deluxe Templates