Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 16, 2009
Petang yang panas. Yang sunyi. Yang lazimnya penghuni asrama ini keluar berfoya-foya sebentar di bandar Muar tanah tumpah darah yang menyaksikan segala-galanya daripada diri ini bermula di bandar kecil ini. Atau paling tidak, petang sebegini diisi dengan aktiviti kesukaan ramai. Tentunya TIDUR. Hanya Electroencephalogram atau EEC yang mampu membezakan pada tahap mana mereka-mereka [am I being gramatically error?] ini sedang diulit atau mengulit mimpi.

Aku pula, ini bukanlah waktu yang selesa untukku melelapkan mata. Aku lebih gemar menghabiskan masa di kelas. Entah apa yang akan aku lakukan di sana, yang penting sejurus azan Asar berkumandang, mudah untuk aku terus ke surau. Berkat didikan senior juga, aku rajin menggerakkan otot-otot kaki seperti Tibialis Anterior untuk menuju ke surau. [form 4 baru dibenarkan solat kat bilik katenye]

Baiklah, terlaju pula. Kembali semula dari perenggan 1.

Maka aku bersama rakan-rakanku yang lain menyusun langkah ke kelas 2 Hadi yang terletak di Blok B. Sudah ke kelas, niat untuk belajar pastinya. Namun, bukan itu yang aku lakukan biasanya. Malas. Penat. Mengantuk [pulak]. Panasnya.

HR : Wei panas giler kan arini?
Aku : Bile jek tak panas?
HR : Bile dok dalam bilik gerakan sekolah sebab ade ekon.
Aku : Malas la, nanti kena tangkap kang... Weh jom beli air. Haus tekak den.
HR : Oke.

Lalu menujulah kami berdua ke mesin yang diberi nama Atlas Vending Machine itu. Terletak di sebelah kantin sekolah di tingkat bawah Blok A. Berhadapan pula dengan Bilik Guru. Setibanya kami di sana, aku mengintai ruang mengambil minuman sebelum memasukkan syiling.

Aku : WAH! Ade air la.
HR : Sape punye ni? Cola plak tu. Free2 je tak amek.
Aku : Ahha. Feel free to taste. Hehe...

Dengan berbekalkan nafsu yang telahpun terang-terang mengaburi akal fikiranku, selamba aku bawa keluar cawan kertas berisi air Cola itu. Aku mendekatkan bibirku dengan bibir cawan tersebut. Bibir ingin bertemu bibir. Semakin hampir. Sedikit lagi.

Ustaz MS : Hah! Sedap awak minum air tu.

HR mula menggerak-gerakkan otot-otot mukanya bagi menghasilkan ekspresi terkejutnya yang amat sangat. Aku pasti Masseternya turut memainkan peranan saat itu. Aku tidak faham. Dia cuba lagi membuat pelbagai isyarat. Akhirnya, dengan segala macam gaya muka yang HR telah tunjukkan, aku mula faham.

Aduh! Kenapalah aku tidak terfikir kalau-kalau tuan punya minuman ini akan datang semula untuk ambil minumannya itu. Minuman ini kepunyaan Ustaz rupanya!

Aku : Alamak Ustaz punye ke? Mintak maaf Ustaz. Saya tak sempat minum lagi ni ha.. Ambilla..

Kalau aku, halalkanlah. Tujuh puluh sen sahaja.

Ustaz MS : Dah, takpe2. Ambik je. Free. Saya ade syiling lagi ni.
Aku : Ye ke Ustaz? Time kasih. Mintak maaf ea Ustaz...

Huish! Malu bukan kepalang. Terus sahaja aku beredar dari situ bersama HR. Lambat lagi, makin malu aku nanti. Sambil menikmati minuman sejuk Cola di kala cuaca yang panas lagi terik, kami tergelak sesama sendiri.

***************************************************************************************

Ustaz MS.

If only other Ustaz yang punye air tu, aku takdela awkward sangat.
Tapi sebab Ustaz ni la. uhuhu...

I made two huge mistakes kat die tahun sebelumnya. I mean, when I was in Form 1 Hadi.
Ustaz pernah berkate kat saye [actually bkn kat saye sorang] dulu,

"Bukak buku baru, blajar sungguh2, masuk klas Mujahid. Baru orang lain boleh pandang awak tinggi smula."

Selamat Hari Guru Ustaz MS bin T!
I wish I could say this to you,

"Ustaz, saye nak mintak maaf. I confessed behind something. "

Mintak maaf ye Ustaz,hehe...

Owh yeah! And to all my teachers or lecturers in

> Sek. Men. Keb. Agama (Maahad) Muar [aku suke skolah ni~!!! hehe...]

> Sekolah Agama Bandar Maharani [kenangan dtg klas sbulan skali smpai la Darjah Khas, aku memg suke ponteng skola game stat drjah 4.huhu...]

> Sek. Keb. Ismail (1)
[hilmi ckp name skolah rendah aku pelik]

> Joy Kindergarten [graduate dgn muaddal yg gemilang.hakhak~]

> International Education Centre (INTEC) UITM Shah Alam [3 memorable months]

> Jordan University of Science and Technology (JUST) [lum abes lg lar~]

> Sekolah Ajar Ngaji dan Khatam Quran [makcik ngan jiran aku]

> Sekolah Memandu Maharani [lulus ngan cemerlang, ceh~!!!]

> Sekolah Tinggi Muar, MRSM Pontian, KISAS, CFSIIUM (UIAM) and KMJ Tangkak [which I rejected, hua3~]

SELAMAT HARI GURU!
!! [and lecturers~]

You guys were the best teachers I ever had. Jasamu akan selalu kukenang. Thank you...

Salam coretan, wassalam...

p/s again, I got no pics to share, maybe sumday when I get myself back to Malaysia. gambo2 sume tinggal kat Muo la~ huhu...

0 responses:

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Distributed by Deluxe Templates