Tuesday, December 1, 2009

sekitar ADHA 1430H

Tuesday, December 1, 2009
NOTA : aku memang malas nak cari template lain. oke ape wallpaper flickr ni.hua3~

Mungkin agak lewat. Tapi tak mengapa, orang jawa cakap better late than never. Jadi ingin la aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H untuk semua umat Islam. Kullu 3am waantum bikheir, kata orang arab kat sini.

Secara keseluruhannya, aku agak berpuas hati dengan Adha kali ini. Memang tak tipu. Macam-macam benda aku buat. hehe.. Anak saudara aku datang jordan pun aku terlupa. Tak jumpa pun. haha..

Beberapa hari sebelum raya, aku dah setuju untuk tolong HILMI dalam lakonan dia untuk persembahan dewan nanti. ROZAILI, HARIZ, DANIAL malah MALIK pun turun padang. Memang kelam-kabut la kitorang dengan masa yang singkat tambah pula dengan masalah-masalah dalaman yang timbul. Lebih terharu lagi, Pengarah Program (bahagian dewan), HIDAYAT dan FAIZ yang tiba-tiba ada kat situ boleh pula turut serta berbincang segala sampai lewat pagi. Pagi esok nak kelas pukul 8.15 ni. Boleh pula tidur lewat.

[Hilmi dalam mood mengarah]

Dalam masa yang sama, aku turut terlibat dalam program Tautan Adha BKPJJ. Nak sebut juga, Pengarah Program bak kata orang. Amnya, aku seronok jadi bos. Yela, arah-arah orang je, buat kerja sikit. haha... Kira puas hati la. IBRAHIM pun turut serta jadi biro persegaran. Aku cuba juga ajak MUHAMMAD, tapi ada hal lain katanya. Tak mengapa, aku memang faham semua orang banyak tanggungjawab.

Nak aku sebut, FAIQ dengan BKASJ nya. JAQ, FADZLI dan HADI dengan KMKJ pula. TUAN dengan PR nya. ARIF pula setiausaha permai juga biro program untuk program dewan nanti. DZIYA si biro publisiti. MURSYID sibuk menguruskan perihal ahli-ahli PERMAI yang nak berkorban. AZZAM pembantu setia untuk majlis dewan, juga masih dalam mood debate dia.haha...

Lepas habis periksa Genetics Lab, SYAMIL pula telefon aku. Nak minta tolong jadi driver die rupanya. Sebab dengar perkataan kereta, terus setuju. haha... Kesian HILMI ditinggalkan begitu sahaja. Maka aku pun bertukar bos. Daripada HILMI, ke SYAMIL pula.

Sejak hari pertama lagi, memang rancak aku pandu kereta sewa tu. Ulang-alik dari ladang ke tempat melapah. Angkat pula daging-daging dari tempat melapah ke rumah akhawat. Lepas tu, nak agihkan ke rumah-rumah pula. Memang gaya transporter la aku kiranya. Terharu sekali bila dapat lihat depan mata macam mana lembu, kambing dan unta disembelih. Dan Alhamdulillah, aku dapat tunaikan ibadah korban tahun ni. Lembu pun lembu la. Itu yang paling murah. hoho~

[orang sibuk melapah, boleh plak sempat pose]

Hari raya pertama dan kedua, sama sahaja kerja aku. Ulang-alik ke sini ke sana. Takda nya nak berkelesa-kelesa sini-sana. Pemandu sepenuh masa. Banyak masa di ladang. LUQMAN, AFNAN dan ASYRAF pun tolong melapah di ladang. HARIZ pula jurugambar ekslusif. haha... Hari raya ketiga pula, sekali lagi aku berasa bertuah sebab dapat ziarah kawasan kem pelarian Palestin berdekatan balad Irbid. Kalau FAWWAZ, HIDAYAT, HASHEMI dan ABDULLAH ke sana dengan projek Ekspedisi Hati ke Hati, kami pula rombongan lain. Aku, IKHWAN, AMIN dan SYAMIL. Alhamdulillah, kami dapat sampaikan daging-daging kambing, lembu juga unta. Berkilo-kilo juga tu rasanya. Terharu sangat dapat ziarah markaz mereka dan juga markaz anak-anak yatim di Markaz Taqwa.

[sempat bgambo depan markaz anak yatim]

Majlis dewan malam tu pula. Aku puas hati juga la. Seronok juga layan lakonan arahan HILMI tu. Budak-budak 2nd year termasuk pengarah lakonan sendiri turut berlakon dek tak cukup tenaga yang sanggup berkorban untuk lakonan semudah tu. Teringat aku masa majlis adha tahun lepas di dewan yang sama. Susah nak nampak rakan-rakan batch aku untuk duduk tenang di kerusi penonton layan majlis sambil gelak-gelak tengok teater atas pentas. Yang belakang tabirnya, yang berlakonnya, yang jadi ketua biro ke sini ke sana, yang persegaran bekerja di dewan makan (ape ntah nama dewan) tak masuk dewan Al-Kindi langsung.

FAIZ yang duduk sebelah aku sempat bisik, "Dapat juga aku duduk jadi penonton kat bawah tahun ni."

Oke la. Majlis dah lepas. Semua perkara da selesai pun. Alhamdulillah, aku syukur sangat-sangat banyak betul peluang yang aku dapat tahun ni. Boleh aku kata, tugas sebagai driver meluaskan lagi peluang aku untuk turut serta terlibat bekerja bersama-sama mereka yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar.

Ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu mengendalikan program adha tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430H
كل عام وانتم بخير


p/s akhirnya update juga blog ni lepas 2 bulan coma

0 responses:

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Distributed by Deluxe Templates